Pilihlah sahabat yang baik budi pekerti dan akhlaknya da mampu membantu ketika susah dan senang.
Ciri-ciri sahabat yang baik ialah :
1. Jika engkau berbakti kepadanya,dia akan melindungi kamu.
2. Jika engaku rapatkan persahabatan dengannya,dia akan membalas balik dengan persahabatan kamu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya,dia akan membantu kamu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya,dia akan menerimanya dengan baik.
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan(bantuan) daripada kamu,dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu,dia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya,dia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri(kerana malu hendak meminta),dia akan menanyakan kesusahan kamu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu,dia akan meringankan kesusahan kamu.
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu,nescaya dia akan membantu.
12. Jika kamu bercakap-cakap mereka tak lupa akhirat